30 July 2019

Memancing Di Sangkar Ikan Sungai Udang,Penang.

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera

Lama aku tak jenguk blog aku ni,terlupa sebab berpindah tempat kerja dan kerja yang banyak.
Dulu bujang dan sekarang bapa kepada anak dua. :)

Aku nak share cara-cara nak pergi memancing di sangkar ikan Sungai Udang, Penang.
Bukan memancing dalam sangkar, tapi memancing di luar sangkar. Dalam sangkar tokey tak bagi lah..hihi.. ;p
Memancing di atas bot di tepi sangkar ikan. Hasil nya boleh tahan la..ikut rezeki yang Allah bagi jugak.

Ok cara nya, mula-mula kena la booking bot dulu dengan tekong.
Tekong yang aku selalu pergi ialah tekong Abang Man. Sebenarnya ramai lagi tekong di sana, contoh nya DDnology (012-591 3787)

Ok ni number Abang Man (013-7776905) naik di jeti Sungai Udang,Batu Kawan.
Jika dah booking bot bleh la mancing..hihi..

Maps ke lokasi jeti

Jeti berada di kawasan Batu Kawan, kalau dari arah selatan Lebuh Raya Utara Selatan keluar ke susur keluar Jambatan Sultan Abdul Halim (jambatan kedua Pulau Pinang).
Ketika susur keluar ke Bandar Casia. Ikut jalan di tepi kilang Honda (Boon Siew). Terus sehingga jumpa laluan lori,jeti lebih kurang 500 meter dari jalan utama.

Atau nak lagi mudah Waze atau google maps ja:


Video hasil memancing di Sangkar Ikan Sungai Udang




Like, share dan subscribe di youtube jika anda suka.











Umpan yang digunakan cuma isi ikan temenung.
Tapi kalau nak guna umpan hidup yang lain pun boleh, contohnya ikan belanak dan udang hidup.
Hasil menggunakan belanak hidup.





Antara hasil dari sungai udang

Sekian saja untuk kali ini. Nanti kita berjumpa lagi.

20 May 2012

Cara Melajukan Windows7 Anda

Di sini saya nak kongsikan cara melajukan windows 7 anda tanpa perlu menambah RAM.
Bahan yang diperlukan ialah pendrive.

1. Masukkan / cucuk pendrive anda ke laptop atau komputer anda.

2. Klik kanan pada device anda.


3. Seterusnya satu tetingkap seperti berikut akan keluar,ikut arahan seperti berikut:


i - klik pada 'ReadyBoost'
ii - klik pada 'Use this device'
iii - klik pada 'Apply'
iv - klik pada 'OK'


5. Selesai. selamat mencuba :)

27 January 2012

Banjir,Langkah-langkah Mengatasi Banjir

Menyediakan Sistem Perparitan
Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.



Projek Pendalaman Sungai
Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa,kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.



Memelihara Hutan
Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit.Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.



Mengawal Aktiviti Manusia
Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini,kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.


p/s : Sama-samalah kita memelihara bumi kita. Kebersihan tanggungjawab kita semua tanpa mengira bangsa ataupun agama.