29 November 2011

Nazmi Faiz Mansor

Assalamualaikum
salam sejahtera

Demam Emas Sukan Sea di Indonesia dah kebah :)
Demam kelayakan Olimpik lagi la dah kebah...
Sayangnya kita tak dapat memasuki Olimpik London 2012..
Itulah harga Emas Sukan Sea pada kali ni sebab kita terpaksa lepaskan Olimpik 2012,sebab?
Menang emas dan dapat pertahankan JUARA dari tuan rumah iaitu INDONESIA...hihihi..puas hati dapat menang dengan INDONESIA..memang sengit,tahniah jugak kepada INDONESIA kerana memberikan saingan yang sengit...


Dalam kegembiraan merai kemenangan tersebut, saya memikirkan seorang pemain muda kebangsaan kita berusia 17 tahun, Nazmi Faiz Mansor.
Berbakat besar dan matang dalam gerak geri,gelecek,hantaran,first ball dan juga penyudah darinya begitu meyakinkan.


Nama : Muhamad Nazmi Faiz bin Mansor

Tarikh Lahir : 16 Ogos 1994

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Asal : Keramat, Kuala Lumpur 

Umur : 17 Tahun

Tinggi : 1.67m

Posisi : Tengah

Pasukan : Harimau Muda B

Antarabangsa : Harimau Muda (Bawah 23)


orang cakap muka dia macam Ricardo Kaka...betul ke?cuba tengok ni...


apa pun dia memang berbakat..harapan agar dia dapat kekalkan momentum dan prestasi dia...
semoga kau dapat bermain di liga luar dari asia...
tahniah...





p/s : teringat dekat ramli,mungkin ni la bakal 'ramli' satu hari nanti..siapa tau... :)


26 November 2011

Selamanya Harimau Malaya

Lagu    : Selamanya Harimau Malaya



untuk download MP3 :  www.mediafire.com/?7lk6f5s3aujkww7

p/s : kalau dapat nyanyi ni kat stadium ramai2 sure gempak kot..

13 November 2011

Senarai Sistem Operasi Android

Apa itu Android?
Android ialah satu sistem operasi untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar.

Mari kita lihat senarai android dari mula-mula versi ianya dikeluarkan :


  1. Android 1.0 - 23 September 2008
  2. Android 1.1 - 09 Febuari 2009
  3. Cupcake 1.5 - 30 April 2009 
  4. Donut 1.6 - 15 September 2009
  5. Eclair 2.0/2.1 - 26 Oktober 2009
    • 2.0.1 - 03 Disember 2009
    • 2.1  - 12 Januari 2010
  6. Froyo 2.2.X - 20 Mei 2010 (singkatan dari Frozen Yogurt)
  7. Gingerbread 2.3.X - 06 Disember 2010
    • 2.3.3
    • 2.3.4
    • 2.3.5 - 25 Julai 2011
    • 2.3.6
    • 2.3.7
  8. Honeycomb 3.X - 22 Febuari 2011
    • 3.1 - 10 Mei 2011
    • 3.2 - 15 Julai 2011
  9. Ice Cream Sandwich 4.0 - 19 Oktober 2011

Android Cupcake


Android Donut


Android Eclair


Android Fozen Yogurt (FroYo)


Android Gingerbread


Android Honeycomb

Android Ice Cream Sandwich


p/s : lapar pulak tengok android version ni..hihihi...






12 November 2011

Syarat Kemasukan Pemain Import Ke Liga M



Jom kita tengok syarat-syarat kemasukan pemain import ke Liga M.

  • Dua pemain setiap pasukan.

  • Syarat pemain import bukan wajib untuk setiap pasukan tetapi hanya kepada pasukan yang berkemampuan dan tidak mempunyai tunggakan gaji dan caruman KWSP.

  • Pemain import yang kini beraksi di liga sekitar Asia Tenggara perlu beraksi dua musim di luar sebelum boleh menyertai Liga M.

  • Pemain dari Asia Tenggara perlulah seorang pemain kebangsaan, pemain dari Asia perlulah yang beraksi dalam Liga Divisyen Satu, manakala pemain dari Eropah, Afrika atau Amerika Selatan perlulah yang beraksi sekurang-kurangnya di Liga Divisyen Dua.

p/s : harap musim depan bola sepak kita berubah la.









03 November 2011

Koleksi DIY flash diffuser












Kreatif betul dorang ni buat diffuser..hihihi..

Diffuser ni digunakan kat flash untuk kurangkan kesan flash yang terlalu kuat atau kasar supaya nampak cahaya tu lebih semulajadi dan lembut.

Bagi yang nak cuba tu boleh la cuba kat flash masing-masing dan tengok hasilnya.

p/s : baik DIY je lebih jimat dan kreatif..hihi



Lenovo ThinkPad Tablet PC

Assalamualaikum
Salam Sejahtera..

Ada produk baru dari Lenovo.
Dah nk macam iPad dan Galaxy Tab dah..
korang nilai la sendiri..hihi..


Operating System : Android 3.1
WiFi Options : WiFi or WiFi and 3G
Display : Size: 10.1" (257mm), Screen resolution: 1280x800,
              Automatic brightness control, multitouch technology, Thin
              Film Transistor Liquid Crystal Display (TFT LCD) technology,
              Supports for ThinkPad Tablet Pen input
Battery Life : 8.7hrs with WiFi
Processor : NVIDIA® Tegra™ 2 dual-core ARM processor
Display Technology : IPS Technology (178ยบ viewing angle), Corning® Gorilla® glass
Memory : 1GB
Internal Storage : 16GB, 32GB or 64GB (depending on Tablet)
Integrated Camera : Front-facing camera – 2MP, Rear-facing camera – 5MP
Connectors : One mini HDMI connector, One USB 2.0 connector, One micro USB connector,
                    One dock connector
Wireless Features : Wireless LAN, Bluetooth® 2.0, 3G on some Tablets
Specs & Dimensions : Weight: 715gm WiFi, 730gm 3G, Thickness: 14mm
Size : Width: 260.4mm (10.3) Depth: 181.7mm (7.2)
Battery : 24.1W 3250 mAh Li-Polymer battery
Sensors : Accelerometer, Gyroscope, Assisted GPS, Ambient light sensor
Card Slot or Card Reader : SIM card slot, 3-in-1 media card reader





p/s : nak beli semua jenis tablet nk buat koleksi lah..hihihi...










                   



             

23 October 2011

Cara Membuang Virus Shortcut

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Merujuk pada tajuk saya nk perkenalkan cara untuk membuang virus shortcut pada pendrive anda.
Cara ini merupakan cara manual namun ada cara yg lebih mudah iaitu dengan menggunakan remover tool.
Berikut caranya :

1. Sila 'show hidden file' terlebih dahulu di PC/laptop anda.

2. Plug in pendrive atau external HDD atau apa saja peranti yang terkena jangkitan tersebut ke PC/laptop anda.

3. Imbas peranti tersebut dengan antivirus yang aktif kemudian padamkan virus tersebut.

4. Buka 'My computer' kemudian klik kanan pada peranti yang hendak di bersihkan. Contoh di laptop saya ialah E:\. Jadi klik kanan pada E:\ kemudian pilih 'Explorer'.

5. Buka 'command prompt' (CMD)

6. Taip seperti ini di 'command prompt' anda : CD\

7. Tukarkan direktori dengan arahan seperti ini : E: 
(ingat E: ialah direktori pada pendrive saya, anda pilihlah direktori peranti anda)

8. Padam semua shortcut dengan arahan ini : DEL *.lnk

9. Kemudian tukar 'attributes' untuk semua file dan folder dengan arahan ini :
 ATTRIB -A -S -R -H /S /D

10. Selesai. Selamat mencuba. Sila pastikan anda betul-betul pilih direktori yang betul dan jangan pilih pada direktori C: atau pada sistem komputer anda.

p/s : sila ikut turutan dengan betul. tiada jaminan dari saya sekiranya anda salah direktori. Untuk download removal klik sini --------------

21 October 2011

ACER Aspire S3

Nampaknya ACER mengeluarkan lagi produk terbarunya.
ACER Aspire S3 spesifikasinya seperti Macbook Air ringan dan nipis amat mengujakan.
ACER Aspire S3 ini dilengkapi dengan fungsi terbaru iaitu Green Instant On. Dengan fungsi ini kita boleh menghidupkannya dalam masa 2 saat jika didalam mod tidur (sleep mode).
Harganya ialah RM 2599

ACER Aspire S3

Berikut ialah spesifikasinya :

PRODUK : Acer Aspire S3
HARGA : RM2,599
PEMPROSESAN : Intel Core i5-2467M (3 MB L3 cache, 1.60 GHz)
OS : Genuine Windows 7 Home Premium 64-bit
SET CIP : Mobile Intel UM67 Express
RAM : 4GB DDR3
MEMORI : 320GB HDD
GRAFIK : Intel(R) HD Graphics 3000, Microsoft(R) DirectX(R) 10.1
AUDIO : Dolby Home Theater v4, Acer 3DSonic
KOMUNIKASI : Bluetooth (R) 4.0+HS, kamera web Acer Crystal Eye HD, wifi Acer InviLin Nplify 802.11b/g/n
SKRIN : 13.3 inci HD 1366 x 768 piksel, Acer CineCrystal LED
SAMBUNGAN : 2 x USB 2.0, pembaca kad SD, HDMI,
DIMENSI : 323 x 218.5 x 13.1/17.5mm
BERAT : 1.35 kg




19 October 2011

iPhone 4S vs Samsung Galaxy SII Drop Test

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Kali ni saya nak share satu video perbandingan antara iPhones 4S dan Samsung Galaxy SII.
Ujian ni menunjukkan kedua-dua model telefon dijatuhkan dari paras pinggang dan bahu.
Nampaknya Samsung Galaxy SII menang pada siri ujian kali ini.

video
credit to :  

p/s : tiada jaminan dari saya, so jgn cuba-cuba tiru. ok 

18 October 2011

HDR dan HDR Outing v5.0

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Lama pulak tak update blog. mintak maaf kawan-kawan bukan apa selama ni sibuk sikit.
HDR outing? apa itu HDR?

Ok la,kita tengok dulu apa itu HDR?
HDR = High Dynamic Range

Bermaksud : teknik menggambar yang mempelbagaikan julat dinamik dalam sesuatu gambar diantara kawasan gelap dan cerah bagi mendapatkan satu gambar yang sempurna pendedahannya (exposure). katakan anda ingin mengambil gambar matahari terbenam di kawasan pantai, dimana tempat tersebut ada permandangan yang cantik dengan pokok kelapa dan batu-batan di tepi laut. Dengan kamera biasa yang julat dinamik tinggi (High Dynamic Range) yang rendah maka gambar anda pasti gelap di bahagian latar depan (foreground) dan cantik di bahagian latar belakang (background), ataupun sebaliknya.

Maka untuk mendapatkan satu dedahan (exposure) yang sempurna dan cantik yang tidak gelap dan terlalu cerah teknik HDR digunakan dengan menggabungkan minimum tiga (3) keping gambar yang sama tetapi berlainan dedahan (exposure).

Asas kepada teknik ini ialah menggabungkan minimum tiga (3) keping gambar yang sama tetapi berlainan dedahan (exposure) di mana gambar yang pertama diambil ialah gambar yang normal,gambar yang kedua pula overexposed dan yang ketiga pula underexposed. kemudian ketiga-tiga gambar ini dicantumkan didalam perisian (software). contoh software yang digunakan ialah Photomatix. proses ini dinamakan Tonemapping.

setelah selesai anda boleh la melakukan sedikit touch up di dalam Adobe Photoshop. itu saja la asas gambar HDR diambil. maaf jika penerangan tidak lengkap dan anda semua tidak memahami. jika ada salah silap sila tegur dan beri tunjuk ajar.

contoh-contoh gambar HDR :
sumber : google.com

sumber : google.com

sumber : google.com



sekian dari saya. selamat mencuba.

22 July 2011

Installing Papago X5 for Android Tablets and Phones

Installing Papago X5 for Android Tablets n Phones.

With the surge in popularity of the Android O/S for portable devices in the GPS application we are certain that the trend will stay. This brief tutorial serve as a guide for those adventurous enough to try their hands on a new navigation platform. The Papago X5 is one of the popular navigation apk for the Android system. Here is how it can be installed.... enjoy. 

1. - Down Papago x5 SG/MY from Papago Taiwan Site - All 5 files from
Papago Taiwan - Select My/Sg Installation.
- Download n Install Spare Parts from the Android Market. Spare Parts is an Android system parameters configuration program.

2. Unzip the Papago X5 rar files and you will have

- NaviSEA folder
- PAPAGO_X5SEA_0806_WWEMarket.apk

3. Copy the NaviSEA folder + PAPAGO_X5SEA_0806_WWEMarket.apk to your Android SD card root directory.
4. To match your screen resolution copy the nearest screen resolution (choose smaller than your screen size) of the installation 
and paste it back to the same folder. Rename the copied folder to match your screen resolution.

eg.
Your screen resolution = 600x1024
Papago nearest screen resolution = 480X854
Copy and Paste the folder 480X854 into the same folder and rename it 600X1024. Do this for all folders in Organic and its sub-directories as follow:-

- X:\NaviSEA\Organic
- X:\NaviSEA\Organic\CHT
- X:\NaviSEA\Organic\EN
- X:\NaviSEA\Organic\IND
- X:\NaviSEA\Organic\MAL

5. Install the SD card onto your Android unit.

6. Turn On the Android browse and go to SD card Root directory (MyPad).

7. Double click PAPAGO_X5SEA_0806_WWEMarket.apk and choose Android Installer to install Papago X5.

8. Run Spare Parts and Tick/Check Compatibility Mode. This will re-size the display to Full Screen.

9. Power down the Android and Re-Boot. Spare Parts requires a re-boot for Compatibility Mode to take effect

10. Run Papago X5 and select Trail to begin a journey of fun with Papago.

11. The downloaded Program files include the MfM map. Goto our map download section to get the latest Papago map.

12. If you find Papago X5 useful please go to the Android market to purchase it or buy it HERE





special thanks to http://www.malfreemaps.com

16 June 2011

TIPS UNTUK DOWNLOAD DRIVER

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA

ADA SEDIKIT INFO UNTUK RAKAN-RAKAN YG SEDANG MENCARI DRIVER  LAPTOP DAN KOMPUTER.
CARA NI TAK MENGGUNAKAN SOFTWARE TETAPI MENGGUNAKAN LAMAN WEB.

CARANYA :

1. KLIK KANAN PADA 'MY COMPUTER' DAN PILIH MENU 'PROPERTIES'.

2. APABILA TETINGKAP (WINDOWS) MUNCUL,KLIK PADA BUTANG 'HARDWARE',KEMUDIAN KLIK BUTANG 'DEVICE MANAGER'.

3. SETELAH ITU,CARI DRIVER YG ADA BERTANDA KUNING,KLIK KANAN DAN PILIH MENU 'PROPERTIES'.

4. KEMUDIAN KLIK PADA 'DETAILS',PILIH MENU PILIHAN 'ID DEVICE'.

5. COPY ID DEVICE TERSEBUT DGN MENEKAN Ctrl + C.

6. KEMUDIAN BUKA www.devid.info

7. PASTE ID TADI DI RUANGAN KOTAK 'ENTER DEVICE ID'. KLIK OK.

8. LEPAS TU AKAN TERSENARAI PILIHAN DRIVER. PILIH SALAH SATU DAN KLIK 'DOWNLOAD'.

9. KEMUDIAN DOWNLOAD DRIVER DGN KLIK DRIVER YG ADA DI BARIS 'FILE'.

SELAMAT MENCUBA DAN HARAP2 MEMBANTU.

04 June 2011

Malaysia vs Hong Kong 2011




ASSALAMUALAIKUM
HELLO...

NAMPAKNYA HASRAT KITA UNTUK MELIHAT PASUKAN HARIMAU MALAYA MENANG PADA PERLAWANAN PERSAHABATAN MENENTANG HONG KONG LEBUR APABILA KITA HANYA MAMPU SERI 1-1.

SEPARUH MASA PERTAMA KEDUA-DUA PASUKAN BUNTU MENCARI GOL PERTAMA.MINIT KE 14 PENYERANG PASUKAN HONG KONG,CHAN SIU KI DILAYANGKAN KAD KUNING PERTAMA PERLAWANAN.

BABAK KEDUA PERLAWANAN, KITA DIKEJUTKAN DENGAN GOL PERTAMA DARI PASUKAN HONG KONG PADA MMINIT KE 59.TANDUKAN DERAS CHAN SIU KI MENERJAH KE GAWANG GOL MALAYSIA.

MENYERANG BALAS DENGAN MENUKAR SAFEE SALI DAN AMIRULHADI ZAINAL DENGAN ABDUL HADI YAHYA DAN S.CHANTHURU PADA MINIT KE 60 MEMBUAHKAN HASIL APABILA ABDUL HADI YAHYA BERJAYA MENYAMAKAN KEDUDUKAN 1-1 6 MINIT KEMUDIAN.

KEDUDUKAN SERI 1-1 SEHINGGA TAMAT PERLAWANAN. SYABAS KEPADA HARIMAU MALAYA. TINGKATKAN PRESTASI PADA PERLAWANAN SETERUSNYA.




Kesebelasan Utama Malaysia:

28 M. Sharbinee Allawee [GK]

4 Mohd Asraruddin Putra (LB)
5 M. Hisyamudin M. Shaari (CB)
7 M. A. Zafuan A. Radzak (CB)
18 Helmi Remeli (RB)

16 Kunanlan Subramaniam (LM)
12 Amar Rohidan (CM)
8 Safiq bin Rahim [CM]
21 Mohd Amirulhadi bin Zainal (RM)

9 Norshahrul Idlan Talaha (RS)
10 Mohd Safee Mohd Sali (ST)





JADUAL PERLAWANAN SETERUSNYA :



    1. MALAYSIA U23 VS CAMBODIA U23 - 7 JUN 2011
    2. MALAYSIA U23 VS QATAR U23      - 13 JUN 2011
    3. MALAYSIA VS MYANMAR               - 18 JUN 2011
    4. MALAYSIA U23 VS LEBANON U23   - 19 JUN 2011
    5. MALAYSIA U23 VS LEBANON U23   - 23 JUN 2011
    6. MALAYSIA VS TAIWAN                  - 29 JUN 2011
    7. MALAYSIA VS TAIWAN                  - 3 JULAI 2011
    8. MALAYSIA VS ARSENAL                 - 13 JULAI 2011
    9. MALAYSIA VS LIVERPOOL              - 16 JULAI 2011
    10. MALAYSIA VS CHELSEA                 - 21 JULAI 2011 






Inilah barisan kita

Yang ikhlas berjuang

Siap sedia berkorban

Untuk ibu pertiwi



Sebelum kita berjaya

Jangan harap kami pulang

Inilah sumpah pendekar kita

Menuju medan bakti



Andai kata kami gugur semua

Taburlah bunga di atas pusara

Kami mohon doa

Malaysia berjaya




Semboyan telah berbunyi

Menuju medan bakti




KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI?
KALAU TIDAK HARI INI BILA LAGI?

JOM SOKONG PASUKAN KITA.


31 May 2011

LAGI CERITA SANDAKAN DRAG 2011

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA

LAGI CERITA SANDAKAN DRAG.
AKU PEGI TGK MASA HARI KEDUA PERLUMBAAN.
SAJA PEGI HARI KEDUA SEBAB NK TGK KETA KUAT2 JA..HIHI

MEMANG KUAT BEB,MINI KALAH KAN WIRA-VO..HIHI
NISSAN SKYLINE R35 PUN ADA MAIN BEB..EVO9 KALAH DENGAN BERMARUAH..HAHA..



kategori doublecap pun ada woo...hihi..






ok lah...itu saja..sebenarnya banyak lagi..tp malas nk upload banyak2..hihi..

cau sin ci..


28 May 2011

Sandakan Drag 2011

Assalamualaikum
salam sejahtera


esok ahad 29/05/2011 akan berlangsung sandakan drag sempena pesta menuai di sabah.


banyak penyertaan kali ni.
ada dari tawau,kota kinabalu dan lain lain lagi.


petang tadi aku sempat pegi tengok dorang setting kereta dorang.fuhhh...memang laju beb..


ni aku ada sedikit video petang tadi..



aku rakam guna henfon je..sori la quality yg kurang memuaskan...


nantikan yg selebihnya besok..hihi..


babai....

09 May 2011

Outing HDR di sekitar Sandakan

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera

KESEMPATAN NI SAYA NAK AJAK KAWAN-KAWAN SEMUA YANG BERADA DI SEKITAR SANDAKAN UNTUK HDR OUTING.

JIKA BERMINAT SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA SENDIRI ATAU NELZA JAMAL.
TEMPAT TERHAD HANYA KEPADA 10 PESERTA TERAWAL.

*sila bawa laptop masing-masing.


SEKIAN TERIMA KASIH.

07 May 2011

OPERASI MENAWAN PENGHUJUNG BORNEO

ASSALAMUALAIKUM WBT
SALAM SEJAHTERA

PADA 1 MEI 2011 IAITU PADA HARI AHAD KAMI BEREMPAT DANIEL, ZAIDI, NELZA DAN AKU TELAH PERGI BERKELAH KE AIR TERJUN  BAKONG-BAKONG YANG BERADA DI PAMOL,SANDAKAN,SABAH.


TUJUAN UTAMA HANYA NAK MANDI DAN BERKELAH SAMBIL TU NK 'MENEMBAK' HIHIHI...
MEMANDANGKAN KAWAN KAMI ZAIDI BERCUTI DI SABAH,KAMI PUN CUBA LA NK MEMANFAATKAN CUTI DIA SEPENUHNYA... :D
PERJALANAN DARI SANDAKAN MENGAMBIL MASA 1 JAM 30 MINIT.



SEDIKIT INFO : AIR TERJUN BAKONG-BAKONG TERLETAK DI PAMOL.
                            1 JAM 30 MINIT PERJALANAN DARI SANDAKAN.
                            MEMPUNYAI 3 TINGKAT.
                            BAYARAN MASUK RM2 SEORANG.

KEPADA KAKI-KAKI TERJUN AIR TERJUN BOLEH LA MENGETEST TERJUN DI SINI.
UNTUK TERJUN KENA MENDAKI TANGGA NAIK KE TINGKAT 2 AIR TERJUN KERANA DI SANA ADA KOLAM YG DALAM DAN TIADA BATU SESUAI UNTUK TERJUNAN.
TINGKAT 3 AIRNYA LEBIH PERLAHAN DAN CUMA TERDAPAT KOLAM-KOLAM KECIL SAJA.



PERNAH RASA SPA UDANG?HAAAA....KAT SANA ADA SPA UDANG..HIHI..
UDANG-UDANG KECIL SELALU MENYEPIT KAKI KAMI,BAK MACAM SPA IKAN..HIHI..

SELESAI MANDI MANDA KAMI PUN BEREHAT KAT GERAI DI BAWAH.SAMBIL MINUM DAN MAKAN GORENG PISANG,DANIEL AJAK PEGI KE SIMPANG MENGAYAU.

BERBEKALKAN BAJU SEPASANG,SELUAR SEPASANG KAMI TEKAD PEGI SANA.


KAMI BERTOLAK PUKUL 2 PTG DAN SAMPAI DI SANA LEBIH KURANG PUKUL 6 PTG.
SAMPAI JE TERUS KAMI MEMBURU SUNSET DI PANTAI SANA.


LEPAS MENYANSET TERUS KAMI PEGI MENDAFTAR MASUK (CHECK IN) KE CHALET YANG BERADA BETUL-BETUL DI PENGHUJUNG BORNEO.
4 ORANG 1 CHALET DENGAN BAYARAN RM100. CHALET OK,SELESA,CHALET KAMI MENGHADAP KE LAUT LEPAS.

INFO :  PENGHUJUNG BORNEO (TIP OF BORNEO) MERUPAKAN PENGHUJUNG
            BORNEO.
            LAUT NYA MERUPAKAN PERTEMBUNGAN LAUT CHINA SELATAN
            DAN LAUT SULU.
            CANTIK!!!!!!

HARI KEDUA :
                          PAGI HUJAN...SEDIH SEBAB TAK DAPAT BERGAMBAR. :(
                          SELESAI SARAPAN KAMI BERTOLAK BALIK SANDAKAN.




SEKIAN DARI SAYA BUAT MASA NI..

KALENDER KITA