23 October 2011

Cara Membuang Virus Shortcut

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Merujuk pada tajuk saya nk perkenalkan cara untuk membuang virus shortcut pada pendrive anda.
Cara ini merupakan cara manual namun ada cara yg lebih mudah iaitu dengan menggunakan remover tool.
Berikut caranya :

1. Sila 'show hidden file' terlebih dahulu di PC/laptop anda.

2. Plug in pendrive atau external HDD atau apa saja peranti yang terkena jangkitan tersebut ke PC/laptop anda.

3. Imbas peranti tersebut dengan antivirus yang aktif kemudian padamkan virus tersebut.

4. Buka 'My computer' kemudian klik kanan pada peranti yang hendak di bersihkan. Contoh di laptop saya ialah E:\. Jadi klik kanan pada E:\ kemudian pilih 'Explorer'.

5. Buka 'command prompt' (CMD)

6. Taip seperti ini di 'command prompt' anda : CD\

7. Tukarkan direktori dengan arahan seperti ini : E: 
(ingat E: ialah direktori pada pendrive saya, anda pilihlah direktori peranti anda)

8. Padam semua shortcut dengan arahan ini : DEL *.lnk

9. Kemudian tukar 'attributes' untuk semua file dan folder dengan arahan ini :
 ATTRIB -A -S -R -H /S /D

10. Selesai. Selamat mencuba. Sila pastikan anda betul-betul pilih direktori yang betul dan jangan pilih pada direktori C: atau pada sistem komputer anda.

p/s : sila ikut turutan dengan betul. tiada jaminan dari saya sekiranya anda salah direktori. Untuk download removal klik sini --------------

21 October 2011

ACER Aspire S3

Nampaknya ACER mengeluarkan lagi produk terbarunya.
ACER Aspire S3 spesifikasinya seperti Macbook Air ringan dan nipis amat mengujakan.
ACER Aspire S3 ini dilengkapi dengan fungsi terbaru iaitu Green Instant On. Dengan fungsi ini kita boleh menghidupkannya dalam masa 2 saat jika didalam mod tidur (sleep mode).
Harganya ialah RM 2599

ACER Aspire S3

Berikut ialah spesifikasinya :

PRODUK : Acer Aspire S3
HARGA : RM2,599
PEMPROSESAN : Intel Core i5-2467M (3 MB L3 cache, 1.60 GHz)
OS : Genuine Windows 7 Home Premium 64-bit
SET CIP : Mobile Intel UM67 Express
RAM : 4GB DDR3
MEMORI : 320GB HDD
GRAFIK : Intel(R) HD Graphics 3000, Microsoft(R) DirectX(R) 10.1
AUDIO : Dolby Home Theater v4, Acer 3DSonic
KOMUNIKASI : Bluetooth (R) 4.0+HS, kamera web Acer Crystal Eye HD, wifi Acer InviLin Nplify 802.11b/g/n
SKRIN : 13.3 inci HD 1366 x 768 piksel, Acer CineCrystal LED
SAMBUNGAN : 2 x USB 2.0, pembaca kad SD, HDMI,
DIMENSI : 323 x 218.5 x 13.1/17.5mm
BERAT : 1.35 kg




19 October 2011

iPhone 4S vs Samsung Galaxy SII Drop Test

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Kali ni saya nak share satu video perbandingan antara iPhones 4S dan Samsung Galaxy SII.
Ujian ni menunjukkan kedua-dua model telefon dijatuhkan dari paras pinggang dan bahu.
Nampaknya Samsung Galaxy SII menang pada siri ujian kali ini.

credit to :  

p/s : tiada jaminan dari saya, so jgn cuba-cuba tiru. ok 

18 October 2011

HDR dan HDR Outing v5.0

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Lama pulak tak update blog. mintak maaf kawan-kawan bukan apa selama ni sibuk sikit.
HDR outing? apa itu HDR?

Ok la,kita tengok dulu apa itu HDR?
HDR = High Dynamic Range

Bermaksud : teknik menggambar yang mempelbagaikan julat dinamik dalam sesuatu gambar diantara kawasan gelap dan cerah bagi mendapatkan satu gambar yang sempurna pendedahannya (exposure). katakan anda ingin mengambil gambar matahari terbenam di kawasan pantai, dimana tempat tersebut ada permandangan yang cantik dengan pokok kelapa dan batu-batan di tepi laut. Dengan kamera biasa yang julat dinamik tinggi (High Dynamic Range) yang rendah maka gambar anda pasti gelap di bahagian latar depan (foreground) dan cantik di bahagian latar belakang (background), ataupun sebaliknya.

Maka untuk mendapatkan satu dedahan (exposure) yang sempurna dan cantik yang tidak gelap dan terlalu cerah teknik HDR digunakan dengan menggabungkan minimum tiga (3) keping gambar yang sama tetapi berlainan dedahan (exposure).

Asas kepada teknik ini ialah menggabungkan minimum tiga (3) keping gambar yang sama tetapi berlainan dedahan (exposure) di mana gambar yang pertama diambil ialah gambar yang normal,gambar yang kedua pula overexposed dan yang ketiga pula underexposed. kemudian ketiga-tiga gambar ini dicantumkan didalam perisian (software). contoh software yang digunakan ialah Photomatix. proses ini dinamakan Tonemapping.

setelah selesai anda boleh la melakukan sedikit touch up di dalam Adobe Photoshop. itu saja la asas gambar HDR diambil. maaf jika penerangan tidak lengkap dan anda semua tidak memahami. jika ada salah silap sila tegur dan beri tunjuk ajar.

contoh-contoh gambar HDR :
sumber : google.com

sumber : google.com

sumber : google.com



sekian dari saya. selamat mencuba.