23 October 2011

Cara Membuang Virus Shortcut

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Merujuk pada tajuk saya nk perkenalkan cara untuk membuang virus shortcut pada pendrive anda.
Cara ini merupakan cara manual namun ada cara yg lebih mudah iaitu dengan menggunakan remover tool.
Berikut caranya :

1. Sila 'show hidden file' terlebih dahulu di PC/laptop anda.

2. Plug in pendrive atau external HDD atau apa saja peranti yang terkena jangkitan tersebut ke PC/laptop anda.

3. Imbas peranti tersebut dengan antivirus yang aktif kemudian padamkan virus tersebut.

4. Buka 'My computer' kemudian klik kanan pada peranti yang hendak di bersihkan. Contoh di laptop saya ialah E:\. Jadi klik kanan pada E:\ kemudian pilih 'Explorer'.

5. Buka 'command prompt' (CMD)

6. Taip seperti ini di 'command prompt' anda : CD\

7. Tukarkan direktori dengan arahan seperti ini : E: 
(ingat E: ialah direktori pada pendrive saya, anda pilihlah direktori peranti anda)

8. Padam semua shortcut dengan arahan ini : DEL *.lnk

9. Kemudian tukar 'attributes' untuk semua file dan folder dengan arahan ini :
 ATTRIB -A -S -R -H /S /D

10. Selesai. Selamat mencuba. Sila pastikan anda betul-betul pilih direktori yang betul dan jangan pilih pada direktori C: atau pada sistem komputer anda.

p/s : sila ikut turutan dengan betul. tiada jaminan dari saya sekiranya anda salah direktori. Untuk download removal klik sini --------------

2 comments: