18 October 2011

HDR dan HDR Outing v5.0

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Lama pulak tak update blog. mintak maaf kawan-kawan bukan apa selama ni sibuk sikit.
HDR outing? apa itu HDR?

Ok la,kita tengok dulu apa itu HDR?
HDR = High Dynamic Range

Bermaksud : teknik menggambar yang mempelbagaikan julat dinamik dalam sesuatu gambar diantara kawasan gelap dan cerah bagi mendapatkan satu gambar yang sempurna pendedahannya (exposure). katakan anda ingin mengambil gambar matahari terbenam di kawasan pantai, dimana tempat tersebut ada permandangan yang cantik dengan pokok kelapa dan batu-batan di tepi laut. Dengan kamera biasa yang julat dinamik tinggi (High Dynamic Range) yang rendah maka gambar anda pasti gelap di bahagian latar depan (foreground) dan cantik di bahagian latar belakang (background), ataupun sebaliknya.

Maka untuk mendapatkan satu dedahan (exposure) yang sempurna dan cantik yang tidak gelap dan terlalu cerah teknik HDR digunakan dengan menggabungkan minimum tiga (3) keping gambar yang sama tetapi berlainan dedahan (exposure).

Asas kepada teknik ini ialah menggabungkan minimum tiga (3) keping gambar yang sama tetapi berlainan dedahan (exposure) di mana gambar yang pertama diambil ialah gambar yang normal,gambar yang kedua pula overexposed dan yang ketiga pula underexposed. kemudian ketiga-tiga gambar ini dicantumkan didalam perisian (software). contoh software yang digunakan ialah Photomatix. proses ini dinamakan Tonemapping.

setelah selesai anda boleh la melakukan sedikit touch up di dalam Adobe Photoshop. itu saja la asas gambar HDR diambil. maaf jika penerangan tidak lengkap dan anda semua tidak memahami. jika ada salah silap sila tegur dan beri tunjuk ajar.

contoh-contoh gambar HDR :
sumber : google.com

sumber : google.com

sumber : google.com



sekian dari saya. selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment