23 January 2012

Sri Lanka Penderma Mata Dunia



COLOMBO - Sri Langka merupakan antara negara yang paling banyak penderma mata di dunia selepas perang saudara di negara ini berakhir.

Ia menyumbang 3,000 kornea pada setiap tahun dan menyediakan tisu untuk mata kepada 57 buah negara bagi tempoh lebih hampir setengah abad.

Persatuan Pendermaan Mata Sri Lanka memulakan promosi menderma mata sejak berdekad-dekad lamanya.

Bekalan kornea amat baik di negara ini sehingga menyebabkan kerajaan Sri Lanka menubuhkan bank mata pada tahun lalu.

Bank itu dibiayai oleh penderma dari Singapura. Hampir 900,000 orang telah menandatangani ikrar untuk menderma mata selepas mereka mati menerusi persatuan tersebut.

"Orang ramai bertanya kepada saya, bolehkah kami menderma mata kami semasa maish hidup?Disebabkan kami mempunyai dua mata, bolehkan kami menderma satu mata?" kata Pengarah Hospital Mata Kebangsaan Sri Lanka, Dr. Sisira Liyanage.

Kebanyakan penduduk Sri Lanka beragama Buddha yang percaya mendermakan mata membantu mereka dilahirkan kembali dengan menikmati hidup yang lebih baik. - Agensi

sumber : Kosmo!



16 January 2012

Cara root android

Saya nak kongsi cara-cara nak root android.
Saya test guna Samsung Galaxy Mini.

Alatan yang diperlukan :

1. kabel
2. software SuperOneClick

Langkah-langkah :

1. Download SuperOneClick,kemudian buka SuperOneClick.
2. Pastikan anda dah enable kan USB Debugging. Caranya : pergi ke Settings > Applications > Development > pastikan USB Debugging ditanda ON.
3.  Sambungkan PC/laptop ke telefon anda.
4. Buka SuperOneClick, klik pada butang "Root".
5. Apabila tetingkap "Device is Root" keluar,anda telah berjaya.
6. Klik "ok". Tutup SuperOneClick.
7. Selesai.


p/s : selamat maju jaya :)

05 January 2012

Keajaiban Kaabah

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Semua umat islam pasti kenal dengan Kaabah.
Tahukah anda keajaiban Kaabah yang tidak kita ketahui?

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.


3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.


7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.






9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.




p/s : semoga pembaca dapat menunaikan ibadah haji dan umrah dan menjadi tetamu Allah. aminn..