24 January 2012

Rambutan Berisi Batu Jernih

BALING - Pelik tapi benar. Itu yang berlaku kepada seorang penoreh getah dari Kampung Keda, Sadik di Kupang dekat sini apabila menemui buah rambutan yang berisi batu.



Saayah Ibrahim, 56, berkata, dia tidak menyangka menemui satu objek seperti seketul batu jernih selepas mengupas kulit rambutan ketika mahu menikmati buah itu semasa keluar menoreh di sebuah kebun di Kuala Pegang dekat sini baru-baru ini.

"Saya terkejut apabila mendapati isi rambutan yang hendak dimasukkan ke dalam mulut adalah seketul batu berwarna jernih," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Keda, Sadik, Kupang dekat sini kelmarin.

sumber : Kosmo!

Pisang Bertandan Empat

KLANG - Sepasang suami isteri di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok pisang lemak manis yang ditanam mereka di atas tanah bersebelahan rumah mengeluarkan empat tandan buah.


Mohd. Sapuan Kamsee, 57, dan isterinya, Asmaniah Tamjis, 51, menyedari kejadian pelik itu ketika membersihkan kawasan tersebut pada Disember tahun lalu.

Menurut Mohd. Sapuan, pada peringkat awal, pokok pisang tersebut hanya mengeluarkan dua tandan pisang namun beberapa hari kemudian, kedua-dua tandan itu bercabang dua dan kesemua empat tandan pisang itu mempunyai jantung masing-masing.

"Ini merupakan buah sulung pokok ini sejak ditanam awal tahun lalu tetapi sebelum ini, tiada pula tanda-tanda aneh akan mempunyai empat tandan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

sumber : Kosmo!

23 January 2012

Janin 15 Minggu Masih Hidup


Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat dibawah ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?


Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….


Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.

Selepas 6 bulan dijaga dengan rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya.





p/s : Subhanallah..Allah Maha Besar..

sumber : Harian Metro Online